Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, January 14, 2011

Bicara Warna Pagi IKIM - Suami Pilihan

Setiap pagi aku akan dengar radio ketika nak pergi kerja semasa drive.. Kadang2 buka HOT FM, kadang2 Sinar, kadang2 Era... dan yg terkini Radio IKIM pilihan utama :)

2-3 menjak ni aku tak berapa sihat dan balik rumah selalu sampai dekat2 pukul 7pm.. Jadi hb aku kata awak dengar la radio IKIM tu.. at least, kalau awak lupa nak berzikir atau baca surah pelindung masa balik ke rumah, ada la radio IKIM nak temankan awak balik dengan ayat2 al-Quran.

So finally aku decide to tune to IKIM every morning and evening.  Sejak tu la aku ikut Bicara Warna Pagi bersama DJ Siti dan... alamak lupa lak nama DJ lelaki tu.
Suara DJ Siti ni mmg lembut.. huhuh.. teringat masa aku jadi DJ kat MMU ..huhuh pengalaman yg sgt seronok ke udara bersama Mala di Radio Internet..

Tapi yg aku nak kongsi sekarang adalah pasal topik arini.. "Suami Pilihan"....
Semua org ada kriteria masing2 utk pilih suami..
Tapi apa kesimpulan yg aku dpt dlm masa 1 jam perjalanan tu...

1. Pilih lah suami yang bertakwa.. (maksudnya pilih suami yang takut pada Allah, jadi walaupun macam mana getir pun masalah yg melanda rumah tangga, suami itu sentiasa akan memuliakan isterinya kerana takut pada tanggungjawabnya pada Allah)


2. Kalau yg dh bersuami tu,... tp tak dpt suami yang diidamkan.. cuba terima suami dan nasihat kan suami anda supaya mereka menjadi yang terbaik.


3. Kalau suami keluar untuk solat Fardhu dan Jumaat di masjid, ataupun keluar berdakwah, isteri juga akan mendapat pahala.. Terus bercita2 nak suruh suami gi solat Fardhu kat masjid balik ni... huhu tp malam ni dia ada futsal laaaaa...

Jadi.... renung2kan dan selamat beramal.. huhuhu...

p/s: Pagi2 radio IKIM akan siarkan ayat2 pendek yang dulu kita belajar di sekolah tapi kita lupa nak praktikkan sekarang... So tune in to radio IKIM...
p/s/s: Radio IKIM pun ade Facebook ye....

1 comment:

  1. :) alhamdulillah..

    pian namanya kak.. yang lelaki tu..
    suka juga dengar, dan slot mualaf tu pu best dengar.. waktu petang tak silap..

    suami pilihan..

    harap sy dapat yang saling melengkapi satu sama lain dan berusaha baiki diri ke arah jalan yang diredhainya... :)

    ReplyDelete

You might also like:

Related Posts with Thumbnails